Wednesday 14 August 2013

BAB 1 (i)

*****************
"Jaga-jaga!!" Bukkk!!! Bertaburan buku Ally di atas jalan. Ally memandang ke tepi dengan muka menyinga.
Kedengaran suara ketawa berdekah-dekah dari pelajar lelaki yang sedang bermain di padang.
Sara yang berdiri ditepi Ally pula menggigil ketakutan. Bukan kerana risau dimarahi Ally, tetapi dia kenal sangat akan sikap sahabat nya itu. Pasti Ally akan mencari siapa yang menendang bola ke arah nya untuk dimaki hamun. Lebih-lebih lagi setelah dia diketawakan oleh ramai orang. Sara segera mengutip buku-buku Ally yang berteraburan sementara Ally masih lagi berdiri memandang ke padang sambil bercekak pinggang. "Errr...Ally..kita balik jom..diorang tak sengaja tu..hehe.." sapa Sara dengan lembut. Risau rakan nya itu naik angin. "Xda! ko nak balik,ko balik dulu! aku da hangin satu badan ni. bukan rei nak mintak maaf, diketawakan aku plak! huh..! " Ally berjalan dengan laju ke arah bola yang disepak tadi. "Err..Ally..Ally nak buat apa dengan bola 2..biarla kat situ..nanti mesi diorang ambil sendiri..baik kita balik..hehe.." "Sara..cik Mia Qaisara...kalau cik nak balik cik balik dulu ye...aku x puas hati selagi x jumpa orang yang tendang bola ni kat aku!"

"Saudari, bagi saya bola tu..maaf saya x sengaja tadi " sapa seorang lelaki dari arah tepi Ally.
Sejuk hati Ally apabila si pembuat salah berani mengaku salah dan meminta maaf secara lembut.
"Oii Zarif!" bahu Zarif ditepuk kasar oleh Hafiz. "Ko buat apa lama-lama kat depan minah nasib malang ni.haha." Merah muka Ally menahan marah. Sara memegang lengan Ally, risau gadis itu bertindak melulu. "Apela kau ni Hafiz, aku nak mintak maaf jela. Tak baik kau cakap camtu." Hafiz tergelak besar mendengar penerangan Zarif. "Dah, tak payah nak baik sangat Zarif! haha..Salah dia.Padan muka die. " "Hoi!! kau cakap xreti pikir betul-betul ke!?! Nak rase penyepak sulung aku ke haa??" bertambah galak si Hafiz ketawa. Muka Sara sudah berkerut seribu. Risau. Sungguh risau! "Silakan la kalau kau rasa kau hebat..haha..kau x tahu aku siapa..aku ni Iman Ha...." Dush!!! terduduk Hafiz menahan sakit. Zarif dan Sara terpinga-pinga. "Amacam? Best rasa penyepak sulung aku? haha..nak cari gaduh pandai-pandai pilih lawan.. Da Sara, jom kita balik! " ditariknya tangan Sara agar mngikuti langkahnya. Sara hanya mengikut.

***********************************

"Pin! Pin! Hahaha!" Ally kenal sangat suara musuh baru nya itu..Itu pasti Hafiz yang cuba mengganggu ketenteraman hidupnya. Segera Ally memberhentikan basikalnya di tengah-tengah jalan bagi menghalang laluan. "Woi!!! Brek x makan ni!!!" Muka Ally nyata terkejut. dussshhhh!!! Basikal Hafiz yang bagai mat rempit tadi melanggar basikal Ally dengan kuat.Oleh kerana jalan sawah itu sangat sempit. Kedua-duanya terhumban masuk ke dalam parit. "Kau ni kan! p berhenti tengah jalan kenapa woi!" bentak Hafiz. " Amboi! salah aku? salah kau khianat aku bawak basikal laju-laju x sedar??!" "Cik Ally! jalan aku! Aku punya suka la!" Mencebik muka Ally. Muak mendengar kata-kata Hafiz. Mentang-mentang lah die anak Ketua Kampung. Lain sungguh perangai nya dengan Tok Ketua. Ally segera bangun. Habis pakaian kotor berlumuran lumpur. Ally mencapai rumput di tebing bagi membantu nya untuk naik ke atas. Perasan akan tingkah laku Ally, Hafiz segera menarik tangan Ally sehingga terjatuh semula dan terus naik ke tebing. Dia berlari ke rumah sambil ketawa berdekah-dekah. Basikal nya dibiarkan sahaja di dalam lumpur itu. Alangkah marahnya Ally dengan kelakuan Hafiz itu. "Siaplah kau..basikal kau dalam tangan aku! huh..wait and see en.Hafiz yang berlagak hebat!"



No comments:

Post a Comment